Salah satu tapak perkhemahan yang terkenal disini ialah Ecotouria Resort yang terletak dikawasan aliran Sungai Congkak yang kaya dengan flora dan fauna unik.
PETA LOKASI ECOTOURIA RESORT
BAGAIMANA UNTUK SAMPAI KESANA
Untuk sampai ke sini dari Kuala Lumpur anda boleh menaiki bas Rapid KL ke Kajang kemudiannya mengambil teksi untuk sampai Sungai Congkak.
Jika anda memandu dari Kuala Lumpur sila ambil simpang ke Cheras - Kajang melalui Lebuhraya Grand Saga. Selepas Tol Grand Saga (tol RM1.00) di Batu 9, Cheras sila ambil exit ke Hulu Langat. Teruslah memandu hingga anda menemui papan tanda Pusat Rekreasi Sungai Congkak.
KEMUDAHAN YANG ADA DI ECOTOURIA RESORT
Dengan keluasan lebih 38 ekar Ecotouria Resort, Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor ini padat dengan sumber alam semulajadi. Sungai jernih yang mengalir tenang serta dingin akan segera menguja pengunjung untuk turun berendam dan menikmati aura aliran sungai.
Tersedia 19 buah chalet kos rendah dengan kemudahan dewan makan, surau dan tandas. Tapak perkhemahan yang boleh memuatkan 300 khemah pada satu-satu masa tersedia padang permainan dan aktiviti yang cukup luas.
Ecotouria Resort juga merupakan transit camp untuk para pendaki ke Gunung Nuang iaitu puncak tertinggi Negeri Selangor.
AKTIVITI YANG SESUAI DI ECOTOURIA RESORT , SUNGAI CONGKAK
Anda boleh berkhemah secara berkumpulan atau persaorangan. Anda juga boleh berkhemah bersama-sama keluarga. Kami menyediakan khemah-khemah untuk disewa dengan peralatan BBQ dan unggun api. Bermalam di Ecotouria Resort , Sungai Congkak adalah merupakan pengalaman yang sukar untuk anda lupakan.
Ecotouria Resort juga amat sesuai untuk dijadikan tapak hari keluarga, reunion atau gathering. Disini juga adalah tempat yang sesuai untuk anda menganjurkan kursus motivasi, team building atau yang seumpamanya. Samada dalam kumpulan yang kecil atau besar. Tapak letak kereta kami sangat luas dan selamat. Berbagai kemudahan kami sediakan untuk anda disini.
Jika ada ingin mengadakan aktiviti-aktiviti lasak kami menyediakan pemandu arah, fasilitator dan juga jurulatih yang berpengalaman. Anda akan mendapati bahawa Ecotouria Resort Sungai Congkak ini sebagai sebuah pusat rekreasi yang serba lengkap dan sangat asli akan alam sekitarnya.
Kami sengaja membiarkan Ecotoruria Resort ini berada dalam keadaan semulajadi agar anda dapat merasakan kenikmatan serta keindahannya. Jika anda ingin merasakan kelainan dalam percutian anda maka Ecotouria Resort, Sungai Congkak adalah pilihan muktamad anda.
Ecotouria Resort merupakan tempat yang tenang dan sangat digemari oleh pengunjung-pengunju ng samada dari dalam atau luar negeri. Selama lebih 10 tahun kami disini, Ecotouria Resort Sungai Congkak merupakan pilihan utama dan muktamad oleh mereka yang inginkan ketenangan.
Segera hubungi kami untuk menjalinkan hubungan intim dengan alam semulajadi.
Tempahlah tapak percutian anda sekarang !!!
Hubungi Shahrum di 019-3998246 atau email ecotouria.resort@ yahoo.com
sungai congkak is a very nice place to visit!
ReplyDelete